Wednesday, March 7, 2012

JANGAN dalam Islam

  1. JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.
  2. JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
  3. JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna
  4. JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
  5. JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  6. JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
  7. JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
  8. JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.
  9. JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.
  10. JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
  11. JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.
  12. JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
  13. JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.
  14. JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
  15. JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
  16. JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.

Wallahualam.....

Sunday, October 30, 2011

TANDA-TANDA KEMATIAN


1. 100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.

2. 60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.

3. 40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun

datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya.

Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut

tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.

4. 7 hari : Mengidam makanan.

5. 5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.

6. 3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.

7. 2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.

8. 1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh dan ashar.

9. Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang

badan) Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan

qiam dan jangan lagi bercakap-cakap.

******Bila Malaikat Mencabut Nyawa****** Baginda Rasullullah S.A.W bersabda :

“Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam

lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua

telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang

lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar.

Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga

sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan

malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang

dikatakan saat nazak orang itu.”

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:

“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibril A.S. akan menebarkan

sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di

syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang

berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus

pandangannya kepada sayap Jibril A.S.”

Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibril A.S. akan menebarkan sayap disebelah

kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu

orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila

melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya. Dari sebuah hadis bahwa apabila Allah

S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut.

Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah

zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: “Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang

ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T.”

Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T.

dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman

yang bermaksud:

“Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain.”

Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba

mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang

mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu.


Maka berkata tangan : Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini,

tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan

tangan ini menulis ilmu pengetahuan.”


Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka

malaikat maut cuba pula dari arah kaki.


Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:

“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan

solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu.” Apabila gagal

malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari

arah telinga.


Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al- Quran

dan zikir.”


Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja

hendak menghampiri mata maka berkata mata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan

kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.”


Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T.

berfirman yang bermaksud :

“Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang

beriman itu.” Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh

orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya

kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang. Abu Bakar r.a.

telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad.

Maka berkata Abu Bakar R.A. Roh itu menuju ketujuh tempat :

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit

sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya

hingga sampai hari Kiamat.”


Telah bersabda Rasullullah S.A.W:

Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah. Sekian untuk ingatan kita bersama.

Wassallam.

Friday, August 19, 2011

JUMAAT

Perindahkan hari berkat dengan selawat.... Semoga mendapat syafaat kekasih Allah- Muhammad SAW ......
Di petik dari buku Asma'al Husna & Fadhilahnya :
  1. Barangsiapa yang mengucapkan .... Ya Allah sebanyak 100 kali sebelum menunaikan solat Jumaat dalam keadaan suci...... InsyaAllah akan di mudahkan baginya segala yang dituntut di perjuangkannya.
  2. Barangsiapa yang mengucapkannya sebanyak 200 kali setiap selesai solat Jumaat InsyaAllah semua urusannya akan dimudahkan.
  3. Barangsiapa yang membacanya sebanyak 66 kali setiap selesai menunaikan solat fardhu selama 66 hari, InsyaAllah namanya akan harum dan akan memperolehi kebaikan yang banyak. Bahkan lebih baik lagi diamalkan sepanjang masa.
  4. Barangsiapa yg mengucapkan sebanyak 5,000 kali setiap hari, InsyaAllah akan datang kepadanya rezeki dari segala penjuru.
  5. Sesiapa membacanya sebanyak 5,000 kali setiap malam, selama satu bulan, InsyaAllah segala yang dihajatkannya akan tercapai.


Wednesday, August 17, 2011

Nuzul Quran

Al Quran adalah 'masa depan' setiap muslim.... Masa depan akhirat.... jadi, 'jahil' jika mengatakan- budak-budak yang belajar agama/Quran ni tak ada masa depan.... Sungguh sedih dan kasihan... kerana.... Masih ada umat Islam yang tak tahu jumlah juzuk dan jumlah surah dalam Al Quran... Nauzubillah...

Saturday, August 13, 2011

KADANG-KADANG.....

Kadang-kadang kita alpa mengingati Allah, lantas Allah turunkan ujian dan kesedihan supaya kita beringat.......
Kalau 'buas' sangat, Allah demamkan supaya 'berehat' sebentar dari kejahatan......
Kadang-kadang kita jarang memberi, maka Allah 'hantar' orang kepada kita seperti peminta sedekah supaya kita beroleh pahala......
TETAPI kalau dah bagi pelbagai peluang dan hati masih tak beringat, nauzubillah, takut-takut hati telah MATI sebelum jasad terkubur.....

Thursday, August 11, 2011

RENUNGAN....

Disebutkan juga oleh para ulama bahawa tanda orang yang akan mati dalam kemuliaan iman (khusnul khotimah) adalah orang yang berusaha untuk membuat perubahan dalam dirinya didalam bulan suci Ramadhan agar menjadi lebih baik dari sebelum Ramadhan. Dan tanda orang yang akan mati dalam keadaan celaka (suul khotimah) adalah orang yang di saat Ramadhan tiba tidak menghargai bulan mulia ini...
Agar Ramadan tambah bererti, saya mohon kemaafan atas apa jua kesalahan dan kesilapan, juga dihalalkan terlebih & terkurang.....semoga Allah redha dan rahmati hidup ini.... 1/3 Ramadan berlalu, bimbang jika segala amalan terhalang dek kerana dosa sesama manusia...

Tuesday, August 9, 2011

RENUNGAN RAMADHAN

Musibah datang dalam hidup bersilih ganti sebagai 'teguran' dari Allah... tetapi jika masih tak berubah ke arah kebaikan..... apa maknanya? hati telah mati? hati gelap? jauh dari rahmatNya...?
Ada umat Islam 'berpuasa' sepanjang tahun sebab kebuluran.... waktu berbuka pun mereka tak pasti bila.... sedih dengan keadaan mereka..... bantulah apa yang patut dan sentiasa bersyukur...
Sebaliknya bagi yang lebih bernasib baik... puasa hanya berapa jam sahaja, tetapi makan macam mangsa kebuluran.... kita sama-sama muhasabah diri....