Sunday, November 28, 2010

Akhirnya....

Alhamdulillah.. Setelah bertungkus lumus selama 5 tahun akhirnya aku berjaya jugak menamatkan pengajianku. Namun begitu aku masih belum merdeka kerana 'result' final exam blm kluar lagi. Harap-harap segalanya berjalan dengan lancar.. barulah lega rasanya dan sementara tu boleh la aku meng'update'kan blog ni setelah lama menyepikan diri.

Bila time cuti macam ni memang terasa tersangat-sangat lah boring. Kalau masa belajar rasa tak sabar-sabar nak relax, bila dah habis belajar rasa macam dah tak keruan.. sampai tahap tak tahu nak buat apa. Pendek kata serba serbi tak kena. Nak tengok tv pun tak ada mood. Nak kluar pun tak ada mood. Akhirnya aku capai laptop dan apa lagi tulis blog la.. sambung kerja aku yang terbengkalai.. cukup la setakat ini buat hari ni. Nanti aku sambung lagi bila time idea aku 'mari'.... salam..