Sunday, October 30, 2011

TANDA-TANDA KEMATIAN


1. 100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.

2. 60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.

3. 40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun

datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya.

Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut

tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.

4. 7 hari : Mengidam makanan.

5. 5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.

6. 3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.

7. 2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.

8. 1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh dan ashar.

9. Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang

badan) Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan

qiam dan jangan lagi bercakap-cakap.

******Bila Malaikat Mencabut Nyawa****** Baginda Rasullullah S.A.W bersabda :

“Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam

lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua

telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang

lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar.

Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga

sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan

malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang

dikatakan saat nazak orang itu.”

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:

“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibril A.S. akan menebarkan

sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di

syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang

berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus

pandangannya kepada sayap Jibril A.S.”

Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibril A.S. akan menebarkan sayap disebelah

kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu

orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila

melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya. Dari sebuah hadis bahwa apabila Allah

S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut.

Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah

zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: “Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang

ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T.”

Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T.

dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman

yang bermaksud:

“Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain.”

Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba

mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang

mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu.


Maka berkata tangan : Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini,

tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan

tangan ini menulis ilmu pengetahuan.”


Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka

malaikat maut cuba pula dari arah kaki.


Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:

“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan

solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu.” Apabila gagal

malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari

arah telinga.


Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al- Quran

dan zikir.”


Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja

hendak menghampiri mata maka berkata mata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan

kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.”


Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T.

berfirman yang bermaksud :

“Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang

beriman itu.” Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh

orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya

kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang. Abu Bakar r.a.

telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad.

Maka berkata Abu Bakar R.A. Roh itu menuju ketujuh tempat :

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit

sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya

hingga sampai hari Kiamat.”


Telah bersabda Rasullullah S.A.W:

Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah. Sekian untuk ingatan kita bersama.

Wassallam.

Friday, August 19, 2011

JUMAAT

Perindahkan hari berkat dengan selawat.... Semoga mendapat syafaat kekasih Allah- Muhammad SAW ......
Di petik dari buku Asma'al Husna & Fadhilahnya :
  1. Barangsiapa yang mengucapkan .... Ya Allah sebanyak 100 kali sebelum menunaikan solat Jumaat dalam keadaan suci...... InsyaAllah akan di mudahkan baginya segala yang dituntut di perjuangkannya.
  2. Barangsiapa yang mengucapkannya sebanyak 200 kali setiap selesai solat Jumaat InsyaAllah semua urusannya akan dimudahkan.
  3. Barangsiapa yang membacanya sebanyak 66 kali setiap selesai menunaikan solat fardhu selama 66 hari, InsyaAllah namanya akan harum dan akan memperolehi kebaikan yang banyak. Bahkan lebih baik lagi diamalkan sepanjang masa.
  4. Barangsiapa yg mengucapkan sebanyak 5,000 kali setiap hari, InsyaAllah akan datang kepadanya rezeki dari segala penjuru.
  5. Sesiapa membacanya sebanyak 5,000 kali setiap malam, selama satu bulan, InsyaAllah segala yang dihajatkannya akan tercapai.


Wednesday, August 17, 2011

Nuzul Quran

Al Quran adalah 'masa depan' setiap muslim.... Masa depan akhirat.... jadi, 'jahil' jika mengatakan- budak-budak yang belajar agama/Quran ni tak ada masa depan.... Sungguh sedih dan kasihan... kerana.... Masih ada umat Islam yang tak tahu jumlah juzuk dan jumlah surah dalam Al Quran... Nauzubillah...

Saturday, August 13, 2011

KADANG-KADANG.....

Kadang-kadang kita alpa mengingati Allah, lantas Allah turunkan ujian dan kesedihan supaya kita beringat.......
Kalau 'buas' sangat, Allah demamkan supaya 'berehat' sebentar dari kejahatan......
Kadang-kadang kita jarang memberi, maka Allah 'hantar' orang kepada kita seperti peminta sedekah supaya kita beroleh pahala......
TETAPI kalau dah bagi pelbagai peluang dan hati masih tak beringat, nauzubillah, takut-takut hati telah MATI sebelum jasad terkubur.....

Thursday, August 11, 2011

RENUNGAN....

Disebutkan juga oleh para ulama bahawa tanda orang yang akan mati dalam kemuliaan iman (khusnul khotimah) adalah orang yang berusaha untuk membuat perubahan dalam dirinya didalam bulan suci Ramadhan agar menjadi lebih baik dari sebelum Ramadhan. Dan tanda orang yang akan mati dalam keadaan celaka (suul khotimah) adalah orang yang di saat Ramadhan tiba tidak menghargai bulan mulia ini...
Agar Ramadan tambah bererti, saya mohon kemaafan atas apa jua kesalahan dan kesilapan, juga dihalalkan terlebih & terkurang.....semoga Allah redha dan rahmati hidup ini.... 1/3 Ramadan berlalu, bimbang jika segala amalan terhalang dek kerana dosa sesama manusia...

Tuesday, August 9, 2011

RENUNGAN RAMADHAN

Musibah datang dalam hidup bersilih ganti sebagai 'teguran' dari Allah... tetapi jika masih tak berubah ke arah kebaikan..... apa maknanya? hati telah mati? hati gelap? jauh dari rahmatNya...?
Ada umat Islam 'berpuasa' sepanjang tahun sebab kebuluran.... waktu berbuka pun mereka tak pasti bila.... sedih dengan keadaan mereka..... bantulah apa yang patut dan sentiasa bersyukur...
Sebaliknya bagi yang lebih bernasib baik... puasa hanya berapa jam sahaja, tetapi makan macam mangsa kebuluran.... kita sama-sama muhasabah diri....

Sunday, August 7, 2011

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Saidina Umar Ra:
Tidak ada tempat dalam Islam untuk orang yang tidak solat...


Petikan Ustaz Zahazan:
Apa perasaan kita bila melihat orang lain bersungguh2 melakukan ibadah sedangkan kita tidak terpanggil pun untuk menuju Allah.. Betapa gelapnya hati kita.... Bimbang nanti menderita di hadapan Allah pada hari akhirat... Nauzubillah....

Saturday, August 6, 2011

JIHAD & MUJAHADAH

  • JIHAD - menentang musuh. Musuh jika dibunuh, terus mati.
  • MUJAHADAH - Menentang nafsu. Nafsu tidak pernah mati. Jadi melawan nafsu lebih sukar... kecuali bagi mereka yang benar-benar bertaqwa...

*** Sedang berusaha mendapatkan Ramadan terbaik kali ni.... tak mahu seperti kebanyakan orang.... hanya perut saja yang puasa... tetapi bukan mudah... perlukan jihad dan kekuatan.... Semoga Allah mempermudahkan... Aamin..

Friday, August 5, 2011

Realiti Hidup

PUASA bukan puasa selagi mana degil dan mungkar kepada Allah:-
  • masih tidak solat
  • melakukan maksiat
  • derhaka ibu bapa
  • tidak amanah
  • mengumpat
  • memfitnah
  • tidak menutup aurat
  • dan perkara lain yang menjurus kepada kerugian yang besar
p/s:
sia-sia mencari bahagia jika masih dalam kemurkaan dan ketidakredhaan Ilahi...

Thursday, August 4, 2011

Allah tak beri semua...

Diberi kekurangan untuk manusia sebagai ujian. Terpulang pada iman untuk menghadapinya. Barangkali:
1. Kaya tetapi tidak bahagia
2. Disayangi rakan tetapi dibenci keluarga
3. Berjaya dalam kerjaya tetapi gagal dalam cinta
4. Ada duit tetapi tiada anak
5. Cantik tetapi tidak bijak
6. Berbakat tetapi tak pernah menang
Banyak lagi contoh-contoh yang menguji kehidupan ini... renung2 kan....

Saturday, July 30, 2011

Selamat datang ya Ramadhan



يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَيْكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ ﴿البقرة : ١٨٣﴾

Al Baqarah : 183
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu AGAR KAMU BERTAKWA

Monday, April 25, 2011

PERMATA UNTUK ISTERI


Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan

Yang kita janjikan

Kerana kau isteriku




***

Lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan Kopratasa ini menunjukkan betapa istimewanya seorang isteri disisi suaminya.....

Saturday, April 2, 2011

Ingat Mengingat.. Pesan Berpesan Sesama Insan....


SUATU PERJALANAN


“Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan.”

Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua, tetapi sepanjang perjalanan usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Oleh sebab itu, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.


SILAP ISTERI

Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud:

“Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?”Rasulullah SAW menjawab, “Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.”

Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.


YANG LEBIH, YANG KURANG

“Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa,” luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.

“Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap,” jawab saya supaya dia buka mata.

“Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana. Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia.” pujuk saya lagi.

Moga-moga dia berubah hati. Kembali ‘memandang tinggi’ kehadiran seorang suami.


ENGKAU TERBAIK UNTUKKU

“Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi.”

Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.

Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.

Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari........

“Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini.”


Mencari dan terus mencari cinta Ilahi. Saling berpesan-pesan kpd kebaikan..

“The only real mistake is the one from which we learn nothing...”


Friday, April 1, 2011

Pesanan untuk semua isteri, bakal isteri dan jugak yg beristeri …

7 'C' SEBAB SUAMI BENCI ISTERI (dari Dr Fadillah Kamsah)

1. CABAR

Isteri nie kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah [cabar suami cari perempuan lain]! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI … nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata …


2. CABUL

Perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua …


3. CELUPAR

Celupar nie suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yang kotor, mungkin kadang-kadang terlepas cakap …


4. COMOT

Isteri bila nak keluar rumah aje baru nak comel tapi kat rumah comot. Suami pula di opis dok nampak yg comel-comel aje … Ade isteri kata – mekap untuk suami, … tapi kat rumah tak mekap pun …


5. CEMBURU

Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan …. sikit2 dok telefon suami kat opis. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yang bukan-bukan …

6. CEREWET

Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat

7. CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai …. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak …. anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi …

7C ni lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya … Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita ni insan yg mudah lupa & lalai … ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri-ciri 7C tu …

Wednesday, March 23, 2011

Fadhilat Mengamalkan Ayat Suci Al Quran Sebagai DOA

  1. Menghentikan Anjing Menyalak - Baca surah Al-Baqarah ayat lapan puluh hingga lapan puluh satu sebanyak sepuluh kali.
  2. Penyayang - Baca surah Al-Baqarah ayat 165 dan apabila selesai hembuskan di kening orang yang kita sayangi.
  3. Mengunci rumah dengan ayat - Baca... Ayatul Kursi sebanyak 3 kali dan diikuti dengan surah Ar-Radu ayat 11 sebanyak tiga kali di tengah jalan muka pintu dengan niat sebelum menginggalkan rumah.
  4. Menghilangkan rasa takut kerana gangguan syaitan - Hendaklah membaca surah Yassin ayat lapan dan sembilan berulang kali sehingga rasa gementar hilang.
  5. Ayat penerang hati - Hendaklah sering membaca surah An Nur ayat tiga puluh lima di Pagi hari dan awal malam.
  6. Membuatkan anak tidak degil - Hendaklah membaca surah Thaahaa Ayat 1 hingga 6 dan juga surah al haji ayat 21 dibaca di atas permukaan air dalam gelas putih dan diminum oleh anak yang dimaksudkan.
  7. Menghentikan Anak menanggis malam hari - Hendaklah membaca surah al-fatihah sebanyak 3 kali dan tiup di telinga kanan, kemudian membaca surah semula al-fatihah sebanyak 3 kali dan tiup di telinga kiri.
  8. Mengelakan mengandung anak songsang semasa dalam kandungan - Hendaklah menulis surah al-a'raaf ayat 54 di atas kertas dan direndamkan dalam air dan seterusnya diminum.
  9. Mengurangkan bisa digigit oleh binatang bisa - Hendaklah membaca surah al-fatihah sebanyak 3 kali ditiup ke ibu jari dan letakan ke langit dan kemudian gosok di tempat yang kena gigit.
  10. Mengubat orang yang terkena sihir, guna atau gila - Hendaklah menyediakan satu baldi air yang bersih,kemudian membaca surah Yunus ayat 80 puluh hingga 81 dan air tersebut digunakan untuk mandian, ia itu perlu dibuat di luar kawasan rumah yang bersih.
  11. Ayat pelembut hati untuk berjumpa orang yang dihajati - Hendaklah membaca surah al-Taubah ayat 128 hingga 129 semasa berjumpa.
  12. Menguatkan ingatan - Hendaklah bersembahyang sunat empat rakaat, dilakukan selama tujuh atau lapan malam Jumaat berturut-turut :-
  • Rakaat pertama - surah yassin
  • Rakaat kedua- surah ad dhukan
  • Rakaat ketiga- surah as sajjadah
  • Rakaat keempat- surah al mulk